Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 penyerapan ialah pengambilan atau pemasukan ke daalm suatu sistem,fikiran dan lain-lain Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.
Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk
:
1. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan
dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
2. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
3. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka
minati;
4. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin
tahu;
5. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan
positif; dan
6. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
7.
Membantu
murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan
laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks;
8.
Memahami
dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri;
dan
9.
Menguasai
dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya
dan masyarakat.
Dalam program KBSR penyerapan boleh dilihat dalam aspek pembelajaran dan
aspek komunikasi.
Aspek
pembelajaran
membantu
murid untuk
·
Menambah
kefahaman dan kemahiran untuk memenuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti
yang dijalankan.
·
Membentuk
sikap ingin tahu menambah ilmu pengetahuan
·
Meluaskan
ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka
minati.
·
Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa
ingin tahu
·
Membentuk
pemikiran yang rasional ,logik,objektif
dan positif.
Aspek
Komunikasi
Melalui penyerapan yang dilakukan ia akan
· Membantu
murid menguasai pengetahuan mengenai penggunaan perbendaharaan kata,pemilihan
frasa,laras bahasa,tatabahasa, kegunaan intonasi dan pelakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks.
·
Memahami
dan menerima serta mengamalkan aspek-aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri.
·
Menguasai
dan mengamalkan tingkah laku yang
bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.
Unsur Penyerapan
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Terdapat
lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu Pengetahuan.
a) Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran
lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan
sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.
b) Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
c) Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal
dalam negeri.
d) Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh
diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang
dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadang kala nilai
murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang
dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak
kerja kumpulan dan kerja projek.
Penyerapan nilai
dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia , berhemah
tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
iii. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa
Melayu mengutamakan pemupukan semangat
cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap
bangsa dan negara.
iv. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan
sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras
bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
v. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar
pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan dan kecerdasan pelbagai.
No comments:
Post a Comment