Pages

Tuesday, 18 December 2012

Kaedah pengajaran - kaedah oral aural



Berdasarkan  Kamarudin Hj. Husin (1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu. 
Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Hal ini diakui oleh Abdullah Hassan (1976 ) yang mengatakan bahawa permulaan latihan menulis itu dikawal melalui bahan –bahan yang dipelajari dan selepas itu barulah latihan menulis bebas diberikan kepada murid.
Berdasarkan www.potralpendidikan.com, terdapat juga  tujuan atau objektif pengajaran dalam kaedah oral-aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam hal ini, mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa

Cara mengajar
1.    Guru memperdengarkan  sebutan penutur jati melalui pita rakaman.
2.    Murid-murid diminta menyebut perkataan  atau rangkai kata yang didengari daripada pita rakaman sehingga lancar.
3.    Aktiviti boleh  secara kumpulan.
4.    Latihan pola ayat  berdasarkan struktur  bahasa  yang diberikan kepada murid.
5.    Akhir sekali  diberikan teks  untuk dibaca oleh murid.
6.    Latihan menulis diberikan kepada murid pada sesi akhir pengajaran apabila murid –murid sudah mahir membaca teksnya.

No comments:

Post a Comment