Pages

Monday, 10 December 2012

Pengayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pengayaan  merupakan satu perihal/proses  mengayakan. Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada  murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,  daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada  kumpulan cerdas,  sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan konsep  ini amat penting untuk meningkatkan potensi yang ada  dalam  diri murid-murid.Konsep ini mengmbil kira bahawa murid yang pintar cerdas adalah lebih cepat menyiapkan latihan ,kerja atau aktiviti yang diberikan,Pengayaan  perlu diberi penekanan kerana murid berbeza  dari segi kebolehan ,keupayaan ,bakat dan minat.Murid harus diberi  bahan yang berbeza untuk digunakan   dengan bimbingan guru.Kebiasaannya  aktiviti  pengayaan dijalankan ke atas kumpulan yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah mengausai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan seharusnya mempunyai  unsur-unsur  yang meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan  memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat,minat,daya kreativiti, sifat ingin tahu,bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri ,kumpulan dan masyarakat.Aktiviti  pengayaan membolehkan  muris-murid mempelajari  aktiviti yang  lebih mencabar kebolehan mereka sendiri di samping menambaah minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri sendiri dan mempunyai sifat  berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup  serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri
.



 Objektif Pengayaan
a.    Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas  pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
b.    Melakukan kegiatan pembelajaran yang  menarik dan mencabar kebolehan mereka;
c.    Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri;
d.    Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan;
e.    Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

            Aktiviti Pengayaan
Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara  semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
a.    Menggunakan daya usaha sendiri;
b.    Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c.    Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
d.    Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e.    Melibatkan pembacaan luas; dan
f.     Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti:
·         Kerja projek;
·         Bacaan tambahan;
·         Permainan dan rekreasi; dan
·         Pembelajaran berbantukan komputer

No comments:

Post a Comment