Penilaian ini
melibatkan penaksiran yang sistematik
yang dilakukan sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap penguasaan sesuatu unit
kemahiran.Maklumat yang dikumpul boleh digunakan dengan segera dan berterusan
untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran
dan pembelajaran.
Penilaian formatif
ini menggunakan pemerhatian,latihan dan
senarai semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah menguasai
sesuatu kemahiran yang sedang diajar.Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk
membimbing murid memperbaiki kelemahan merek ketika pembelajaran berlansung
atau semasa membuat latihan.
Penilaian ini
bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan
murid,sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya.Murid
yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disediakan aktiviti
pengayaan yang mencabar.
Semasa
melaksanakan penilaian guru mestilah
- Menentukan unit atau tajuk pembelajaran
- Menentukan tahap pencapaian yang dikehendaki
- Menyusun perkara yang hendak diuji.
- Membina item-item ujian
- Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan ,pengukuhan dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment