Kaedah
ini diasaskan oleh Tracy Terell
1977.Diantara tokoh-tokoh natural lain yang terkenal ialah Gouin,Montaige, dan
L.Sauver .Buku yang berkaitan dengan kaedah ini diterbitkan pada tahun 1978
oleh Terell dan Stephen Krashen bertajuk The Natural Approach. Kaedah ini
dianggap sebagai kaedah tradisi dalam
pengajaran bahasa.
Kamarudin
Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah satu
kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural
ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui
penguasaan berperingkat.
Berdasarkan pandangan Mok
Soon Sang(2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran,
beliau menyatakan dalam kaedah ini, terdapat beberapa aspek yang harus
dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural bermula pada
tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau
daripada gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa
secara bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan
sebagainya.
Kaedah ini melibatkan dua
cara yang ketara untuk memperkembangkan
keupayaan bahasa iaitu pertama
penguasaan dan kedua pembelajaran
.Penguasaan merupakan cara semula jadi yang terlaksana sama seperti cara
kanak-kanak menguasai bahasa, Pertama mereka merujuk kepada cara-cara yang
tidak disedari yang melibatkan
perkembangan melalui pemahaman dan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi
yang bermakna .
Manakala pembelajaran bahasa
melibatkan peraturan-peraturan secara
sedar tentang bahasa diperkembangkan dan berkesudahan dengan pengetahuan
yang jelas tentang bentuk bahasa dan
keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan .Dalam konteks ini, pengajaran formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan
dapat diatasi dengan perkembangan
peraturan yang telah dipelajari.
Matlamat Pendekatan
Natural ialah kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat
memenuhi keperluan murid Guru
menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran dengan
berkesan. Sebaik –baik tajuk yang dipilih
hendaklah yang membolehkan murid menghubungkan maklumat dalam kalangan mereka. Dalam menentukan matlamat
komunikasi murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat. Tetapi diharap
dapat berurusan dengan sesuatu set topik tertentu dalam situasi yang diberikan.
No comments:
Post a Comment