Pages

Monday, 10 December 2012

Penggabungjalinan



 Kamus Dewan Edisi ke 4  menyatakan bahawa  penggabungjalinan ialah perihal  menggabung jalinkan.Dalam pengajaran Bahasa Melayu ia bukanlah satu konsep yang baru.Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa melibatkan semua aspek kemahiran bahasa,sama ada mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Dapatlah dikatakan bahawa penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan  yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam  hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
 Huraian sukatan pelajaran menyarankan  agar penggabungjalinan dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan  teratur .Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang  terdapat di dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada matapelajaran lain.Sebelum memulakan perancangan seorang guru harus  menitik beratkan objektif yang hendak di capai,kemahiran yang hendak digabungjalinkan serta jumlah penggabungjalinan dalam satu masa.Cara ini dapat mengelak kebosanan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran  dijalankan.
Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a.  Kemahiran dapat  dikuasai secara serentak.
            b.  Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c.  Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi
d.  Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
1.    Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
2.    Guru mesti tahu  apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
3.    Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan  baik.
4.    Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
Bentuk penggabungjalinan
Terdapat 3 bentuk penggabungjalinan
1.    Penggabungjalinan Kemahiran
2. penggabungjalinan aktiviti
3. penggabungjalinan bahan.

No comments:

Post a Comment