Kaedah
ini diperkenalkan dalam rancangan Bahasa Intensif oleh
Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika. Kaedah ini khusus diberikan kepada pegawai-pegawai
tentera secara intensif oleh angkatan
bersenjata Amerika Syarikat pada masa
Perang Dunia kedua. Kaedah ini
dikenali juga sebagai Kaedah Informat – Drill.
Pengajaran
terbahagi kepada dua iaitu demonstrasi
dan latih tubi. Pengajaran secara demonstrasi
harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, atau sebutan dan perbendaharaan kata seluruh murid
dalam kelas melalui guru bahasa .Dalam pengajaran latih tubi penutur jati
akan membaca beberapa ayat. Setelah mendengar beberapa ayat murid akan
mengajuknya sehingga separuh terhafal.
Tatabahasa
diajarkan secara induktif melalui ayat-ayat contoh.Dengan kata lain tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa
ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberikan
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.Selepas peringkat permulaan ini dijalankan diikuti
pula dengan syarahan,drama dan diskusi.
Selain
itu murid tidak dikehendaki
menterjemah perkataan demi
perkataan.Apabila semua ayat telah dipelajari secara terperinci, murid akan
membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda.Kemudian murid terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambung ayat-ayat
asas tadi bagi latihan
mendengar.Murid berlatih dalam
dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan
bahagian-bahagiannya.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru mestilah
menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,karangan
lisan,latihan alam menyebut perkataan,
menyebut hal tiap tiap bunyi dalam
bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk tertentu..Satu kelainan
daripada kaedah ini ialah apabila
tiadanya drill master atau penutur natif bahasa itu,Rakaman dialog boleh
diadakan sebagai alternatif latih tubi
yang berulang kali.Ia juga dikenali sebagai Kaedah Audio Lingual
No comments:
Post a Comment