Cuti sekolah ni bila petang mesti terfikir apa menu minum petang...
Kebetulan ada seorang kawan beri resepi kuih apom beras .Apom ni kalau makan dengan kelapa parut memang sedap.Menyediakannya memang mudah.bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah didapati....inilah hasilnya apom yang telah siap...berwarna warni hasil kreativiti anak-anak... Selamat mencuba !
Apom beras
Bahan-bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- Kisar nasi dan air sehingga hancur.
- Setelah hancur,campur gula ke dalamnya dan kisar sehingga sebati.
- Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.Gaul sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment