Pages

Thursday, 6 December 2012

BM 3101 Pemulihan



 PEMULIHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pemulihan bermaksud memulihkan serta memelihara supaya sentiasa berada dalam keadaan baik Dalam konteks  pengajaran Bahasa  Melayu  pemulihan dihubungkan  dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengeja ( 3 M ) .Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti program ini akan dilaksanakan .Murid-murid dalam  kategori  pemulihan perlu di dedahkan dengan aktiviti  ini  mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu  kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan  sama sekali.
Menurut Koh Boh Boon (1982 )  : Pemulihan melibatkan murid-murid yang lambat iaitu mereka yang lembap mencapai pembelajaran  berbanding dengan kanak-kanak yang lain.Pencapaian murid ini biasanya d bawah tahap pencapaian yang sepatutunya.Konsep ini diaplikasikan bagi membantu murid-murid yang masih  belum menguasai kemahiran semua kemahiran asas dalam tempoh yang telah diterapkan.Tumpuan yang lebih diberikan kepada murid –murid yang lemah/mempunyai masalah yang tertentu menerusi aktiviti pemulihan.
Antara alat atau bahan untuk menjalankan aktivit pemulihan ialah kad,carta.benda maujud,alat permainan dan lain-lain bahan yang boleh meransang minat murid untukbelajar.Bahan yang digunakan juga mestilah mengikut peringkat atau aras kesukaran ( dari mudah kepada sukar) .Pelaksanaan aktiviti adalah mengikut kemampuan  murid untuk menguasai  sesuatu kemahiran.Aktiviti pemulihan boleh dilakukan  melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,pengajaran kupulamn kecil atau pengajaran kumpulan besar,pengajaran  bimbingan rakan sebaya dan pengajaran kolaboratif.
Beberapa langkah  harus diambil kira ketika menjalankan langkah- langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan  tercapai, seperti membuat perancangan dan memilih teknik yang sesuai,menentukan masalah yang sama tidak akan berulang jika telah berjaya dipulihkan,mengikuti kemajuan  murid dengan menggunakan  senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti pengukuhan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.Setelah selesai proses pemulihan, satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.Penilaian ini bertujuan memastikan sama ada  objektif pengajaran pemulihan telah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil sekiranya  objektif yang ditentukan  tidak tercapai.


Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a.    Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b.    Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
c.    Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d.    Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e.    Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
f.     Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; dan
g.    Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

No comments:

Post a Comment