Monday, 3 December 2012
EDU 3103 Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
Teori pembelajaran behavioris terbahagi kepada dua aliran iaitu
pelaziman operan dan pelaziman klasik.
Pelaziman klasik terdiri daripada Ivan Pavlov dan Watson. Pendekatan behavioris memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan .Tingkah laku manusia ini di pengaruhi oleh rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran terjadi sekiranya terdapat perubahan pada tingkah laku .Dalam teori ini proses mental diabaikan. Konsep penting dalam teori pelaziman klasik ialah rangsangan dan gerak balas. Pelaziman klasik ialah pembelajaran yang berlaku apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi.
Teori pelaziman operan pula di pelopori Thorndike dan Skinner. Teori ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Ia diperkuat atau diperlemahkan melalui peneguhan dan dendaan Pelaziman operan juga menekankan hasil kesan dan akibat yang membawa kepada sama ada tingkah laku baharu atau lama diteruskan atau diulangi. Pelopor pelaziman operan ini menyatakan bahawa kesan dan akibat mempunyai perkaitan rapat dengan ganjaran dan hukuman. Tingkah laku baharu yang ingin dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan.
Kelebihan
1. Ia sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka serta suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian kerana ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.
2. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru.
Kelemahan
1. Berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala .
2. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas.
3. Proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea.
4. Penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Labels:
EDU 3103
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment