Pages

Tuesday, 18 December 2012

Kaedah pengajaran - Kaedah linguistik



Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain(1970), mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu. 

Ferdinand de Saussure (1913) adalah orang yang pertama menekankan bahawa linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. 
Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar membunyikan perkataan. Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama tidak serupa, namun, ahli bahasa tetap merupakan orang yang berkebolehan untuk menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa.
Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula dengan aspek mudah Arbak Othman (1983) mengatakan salah satu daripada kegunaan ilmu linguistik ialah terutamanya dari segi faedah yang diperolehi guru yang mengajar dengan mempelajari ilmu linguistik itu. 
Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetapi sumbangan linguistik yang paling bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami sifat-sifat bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka dapat belajar membunyikan perkataan-perkataan apabila guru menggunakan kaedah linguistik ini. 
Ilmu linguistik ini penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari segi penguasaan isi yang  disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu pengajaran.

Tujuan
Tujuan mengajar menggunakan kaedah ini adalah untuk membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah  diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi .Selain  itu kaedah ini menerangkan tentang nahu  yang terdapat  dalam tatabahasa yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahuinya.

Cara mengajar
Cara mengajar kaedah ini ialah guru boleh memulakan pengajaran dengan mengajarkan sebutan bunyi  perkataan yang mempunyai persamaan dengan bahasa yang baru dipelajari. Kemudian guru akan membuat latih tubi membunyikan perkataan-perkataan yang mempunyai perbezaan dengan bahasa baru tersebut. Kadang-kadang ia menimbulkan kerumitan. Guru yang ingin mengajar perbendaharaan kata hendaklah  memulakan dengan peringkat mudah atau senang dahulu manakala bagi pengajaran struktur ayat hendaklah dimulakan dengan struktur ayat yang mempunyai kesamaan dengan bahasa yang baharu.

No comments:

Post a Comment