Pages

Tuesday, 18 December 2012

Kaedah pengajaran - Kaedah terus



Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Michel West dan Harald Palmaer (1920-1935) ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Michael Fries, Profesor Linguistik dari Universiti Michigan yang diperkenalkan satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-Lingual.

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah kerana pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan. 


Kaedah ini terus memberi keutamaan kepada pengajaran yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara lebih efektif dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari bahasa pertama dan bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.

Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan makna perkataan dan frasa dengan jelas. 
Pelajaran bahasa menghubungkan pelajar-pelajar terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar tetapi terjemahan tidak digunakan langsung dalam pembelajaran. Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami, guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat
Selain itu, bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa pertama/ ibunda / natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur serta pelajar-pelajar akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Dalam pembelajaran, terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh itu, sebutan yang betul diutamakan, dan kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa. Kaedah ini dapat mengatasi kesalahan yang besar dalam kaedah Tatabahasa Terjemahan iaitu menggantikan penghafalan nahu dengan pertembungan  bahasa dan menggantikan  terjemahan dengan pemakaian bahasa  Idea utama dalam kaedah terus ialah asosiasi perkataan dan ayat dengan maknanya melalui tunjuk  cara, lakonan  dan lain-lain. Apabila  kaedah terus digunakan oleh guru yang cekap ,maka seluruh kelas akan berjaya,
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:
                       i.          Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
                      ii.          Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
                    iii.          Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
                    iv.          Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Tujuan
Juriah Long  ( 1984 ) berpendapat bahawa kaedah terus mempunyai dua tujuan.
1.    Membolehkan pelajar-pelajar  menguasai keempat-empat kemahiran bahasa, contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2.    Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment