Berdasarkan
Kamarudin Hj. Husin (1997), beliau
menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan dialog
untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan.
Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan
dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya
yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur
jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih
lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu.
Alat
pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam
situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.
Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan
dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi
sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang
diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada
gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada
aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah
dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas
dibenarkan. Hal ini diakui oleh Abdullah Hassan (1976 ) yang mengatakan
bahawa permulaan latihan menulis itu dikawal melalui bahan –bahan yang
dipelajari dan selepas itu barulah latihan menulis bebas diberikan kepada
murid.
Berdasarkan
www.potralpendidikan.com, terdapat juga tujuan atau objektif pengajaran dalam kaedah
oral-aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam hal ini,
mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya
dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga
membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa