Pages

Tuesday, 18 December 2012

Kaedah pengajaran - kaedah oral aural



Berdasarkan  Kamarudin Hj. Husin (1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu. 
Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Hal ini diakui oleh Abdullah Hassan (1976 ) yang mengatakan bahawa permulaan latihan menulis itu dikawal melalui bahan –bahan yang dipelajari dan selepas itu barulah latihan menulis bebas diberikan kepada murid.
Berdasarkan www.potralpendidikan.com, terdapat juga  tujuan atau objektif pengajaran dalam kaedah oral-aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam hal ini, mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa

Kaedah pengajaran - Kaedah linguistik



Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain(1970), mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu. 

Kaedah pengajaran - kaedah ajuk hafaz



Kaedah ini  diperkenalkan  dalam rancangan Bahasa Intensif oleh Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika. Kaedah ini  khusus diberikan kepada pegawai-pegawai tentera secara intensif oleh angkatan  bersenjata Amerika Syarikat pada masa  Perang Dunia kedua. Kaedah ini  dikenali juga sebagai Kaedah Informat – Drill.
Pengajaran terbahagi kepada  dua iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran secara demonstrasi  harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, atau  sebutan dan perbendaharaan kata seluruh murid dalam kelas melalui guru bahasa .Dalam pengajaran latih tubi  penutur jati  akan membaca beberapa ayat. Setelah mendengar beberapa ayat murid akan mengajuknya sehingga separuh terhafal.

Kaedah pengajaran- kaedah natural



Kaedah ini diasaskan oleh  Tracy Terell 1977.Diantara tokoh-tokoh natural lain yang terkenal ialah Gouin,Montaige, dan L.Sauver .Buku yang berkaitan dengan kaedah ini diterbitkan pada tahun 1978 oleh Terell dan Stephen Krashen bertajuk The Natural Approach. Kaedah ini dianggap sebagai  kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.
Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat. 
Berdasarkan pandangan Mok Soon Sang(2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan dalam kaedah ini, terdapat beberapa aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya.
Kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk  memperkembangkan keupayaan bahasa iaitu  pertama penguasaan  dan kedua pembelajaran .Penguasaan merupakan cara semula jadi yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa, Pertama mereka merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari  yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi yang bermakna .
Manakala pembelajaran bahasa melibatkan peraturan-peraturan secara  sedar tentang bahasa diperkembangkan dan berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk  bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan  .Dalam konteks ini, pengajaran  formal diperlukan untuk membolehkan  pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat diatasi  dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari.

Kaedah pengajaran - Kaedah terus



Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Michel West dan Harald Palmaer (1920-1935) ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Michael Fries, Profesor Linguistik dari Universiti Michigan yang diperkenalkan satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-Lingual.

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah kerana pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan. 

Penilaian sumatif



Penilaian ini untuk mengukur  tahap pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi ke semua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu.Dengan  cara ini guru dapat  menentukan setakat mana objektif pengajaran sudah dicapai disamping dapat membandignkan pencapaian antara murid.Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali ayau soal jawab secara lisan.Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil murid.
Maklimat  daripada penilaian sumatif boleh digunakan oleh guru  untuk menentukan siapa yang memerlukan pemulihan  atau pengayaan.Maklumat yang diperolehi juga dapat membantu guru mentaksir keberkesanan pengjaran dan pembelajaran muridnya.

Penilaian Formatif



    Penilaian ini melibatkan  penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran  dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan  tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran.Maklumat yang dikumpul boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian formatif ini menggunakan  pemerhatian,latihan dan senarai semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar.Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan merek ketika pembelajaran berlansung atau semasa membuat latihan.
Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan murid,sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya.Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid  yang pintar seharusnya disediakan aktiviti pengayaan yang mencabar.
Semasa melaksanakan penilaian guru mestilah
  1.  Menentukan unit atau tajuk pembelajaran
  2.   Menentukan tahap pencapaian yang dikehendaki
  3.  Menyusun perkara yang hendak diuji.
  4.   Membina item-item ujian
  5. Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan ,pengukuhan dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

Penilaian



Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penilaian adalah perbuatan menilai atau  pentaksiran.Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. penilaian merupakan  satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perlulah dijalankan  berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses penilaian yang berterusan guru dapat meneliti  jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan  satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajara n  Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid  berdasarkan objektif  pengajaran dan pembelajaran

Penyerapan


Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penyerapan ialah  pengambilan atau pemasukan ke daalm  suatu sistem,fikiran dan lain-lain Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua  aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

Tujuan  Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
1.    Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
2.    Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
3.    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
4.    Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
5.    Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
6.    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
7.    Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;
8.    Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan
9.    Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Kuih apom beras

Kuih apom beras

Cuti sekolah ni bila petang mesti terfikir apa menu minum petang...
Kebetulan  ada seorang kawan  beri resepi kuih apom beras  .Apom ni kalau makan dengan kelapa parut memang sedap.Menyediakannya memang mudah.bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah didapati....inilah hasilnya apom yang telah siap...berwarna warni hasil kreativiti anak-anak... Selamat mencuba  !




Apom beras
Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Kisar  nasi dan air sehingga hancur.
  2. Setelah hancur,campur  gula ke dalamnya dan kisar sehingga sebati.
  3. Dalam  bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.Gaul sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.