Pages

Monday, 10 December 2012

Penggabungjalinan



 Kamus Dewan Edisi ke 4  menyatakan bahawa  penggabungjalinan ialah perihal  menggabung jalinkan.Dalam pengajaran Bahasa Melayu ia bukanlah satu konsep yang baru.Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa melibatkan semua aspek kemahiran bahasa,sama ada mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Dapatlah dikatakan bahawa penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan  yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam  hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
 Huraian sukatan pelajaran menyarankan  agar penggabungjalinan dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan  teratur .Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang  terdapat di dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada matapelajaran lain.Sebelum memulakan perancangan seorang guru harus  menitik beratkan objektif yang hendak di capai,kemahiran yang hendak digabungjalinkan serta jumlah penggabungjalinan dalam satu masa.Cara ini dapat mengelak kebosanan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran  dijalankan.

Penilaian



Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penilaian adalah perbuatan menilai atau  pentaksiran.Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. penilaian merupakan  satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perlulah dijalankan  berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses penilaian yang berterusan guru dapat meneliti  jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Pengayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pengayaan  merupakan satu perihal/proses  mengayakan. Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada  murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,  daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada  kumpulan cerdas,  sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan konsep  ini amat penting untuk meningkatkan potensi yang ada  dalam  diri murid-murid.Konsep ini mengmbil kira bahawa murid yang pintar cerdas adalah lebih cepat menyiapkan latihan ,kerja atau aktiviti yang diberikan,Pengayaan  perlu diberi penekanan kerana murid berbeza  dari segi kebolehan ,keupayaan ,bakat dan minat.Murid harus diberi  bahan yang berbeza untuk digunakan   dengan bimbingan guru.Kebiasaannya  aktiviti  pengayaan dijalankan ke atas kumpulan yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah mengausai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan seharusnya mempunyai  unsur-unsur  yang meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan  memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat,minat,daya kreativiti, sifat ingin tahu,bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri ,kumpulan dan masyarakat.Aktiviti  pengayaan membolehkan  muris-murid mempelajari  aktiviti yang  lebih mencabar kebolehan mereka sendiri di samping menambaah minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri sendiri dan mempunyai sifat  berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup  serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri

Thursday, 6 December 2012

BM 3101 Pemulihan



 PEMULIHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pemulihan bermaksud memulihkan serta memelihara supaya sentiasa berada dalam keadaan baik Dalam konteks  pengajaran Bahasa  Melayu  pemulihan dihubungkan  dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengeja ( 3 M ) .Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti program ini akan dilaksanakan .Murid-murid dalam  kategori  pemulihan perlu di dedahkan dengan aktiviti  ini  mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu  kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan  sama sekali.
Menurut Koh Boh Boon (1982 )  : Pemulihan melibatkan murid-murid yang lambat iaitu mereka yang lembap mencapai pembelajaran  berbanding dengan kanak-kanak yang lain.Pencapaian murid ini biasanya d bawah tahap pencapaian yang sepatutunya.Konsep ini diaplikasikan bagi membantu murid-murid yang masih  belum menguasai kemahiran semua kemahiran asas dalam tempoh yang telah diterapkan.Tumpuan yang lebih diberikan kepada murid –murid yang lemah/mempunyai masalah yang tertentu menerusi aktiviti pemulihan.
Antara alat atau bahan untuk menjalankan aktivit pemulihan ialah kad,carta.benda maujud,alat permainan dan lain-lain bahan yang boleh meransang minat murid untukbelajar.Bahan yang digunakan juga mestilah mengikut peringkat atau aras kesukaran ( dari mudah kepada sukar) .Pelaksanaan aktiviti adalah mengikut kemampuan  murid untuk menguasai  sesuatu kemahiran.Aktiviti pemulihan boleh dilakukan  melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,pengajaran kupulamn kecil atau pengajaran kumpulan besar,pengajaran  bimbingan rakan sebaya dan pengajaran kolaboratif.
Beberapa langkah  harus diambil kira ketika menjalankan langkah- langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan  tercapai, seperti membuat perancangan dan memilih teknik yang sesuai,menentukan masalah yang sama tidak akan berulang jika telah berjaya dipulihkan,mengikuti kemajuan  murid dengan menggunakan  senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti pengukuhan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.Setelah selesai proses pemulihan, satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.Penilaian ini bertujuan memastikan sama ada  objektif pengajaran pemulihan telah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil sekiranya  objektif yang ditentukan  tidak tercapai.


Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a.    Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b.    Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
c.    Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d.    Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e.    Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
f.     Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; dan
g.    Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Tuesday, 4 December 2012

Kelebihan permainan bahasa.

Permainan bahasa merupakan  satu teknik pengajaran yang berkesan kerana ia mempunyai  beberapa kelebihan kerana

1.murid membiasakan diri menyebut  sesuatu bunyi, dengan jelas,betul dan tepat.Mengucapkan ayat dengan intonasi ,jeda,tekanan dan gaya yang betul.

2.Permainan bahasa berfungsi sebagai perangsang sama ada pada awal,pertengahan atau akhir pelajaran.Murid akan melibatkan diri secara aktif,

3.Dalam proses p&p ia merupakan satu teknik mengulangkaju dan pengukuhan kepada pelajar.

4.Teknik ini akan menghilangkan rasa bosan dikalangan pelajar.

5. Keseronokan bermain akan menghidupkan keinginan murid-murid untuk  belajar,berfikir,secara kreatif,kritis,mendengar dan mengeluarkan  buah fikiran secara berkesan.     

Permainan bahasa

Permainan  bahasa adalah mempelajari bahasa melalui permainan.Ia sesuai untuk semua peringkat umur.Ia merupakan aktiviti yng memberi peluang kepada pelaajr  mengaplikasikan kemahiran  bahasa yang dipelajari dalam bilik darjah.Ia mempunyai hubung kait  dengan isi kandungan pelajaran yang dirancang.

Terdapat beberapa objektif permainan bahasa

  1. Merangsang interaksi verbal. Murid melibatkan diri secara aktif.
  2. Menambah  kefasihan dan keyakinan murid.
  3. Menyediakan konteks pembelajaran.,Ia dapat merapatkan hubungan antara guru dan murid serta murid dan murid.
  4. Mengikis rasa bosan.Permainan ini mewujudkan komunikasi  dalam bentuk semulajadi. Sebagai alat pengukuhan dan pengayaan 

Kemahiran berbahasa



  Kemahiran Berbahasa
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran  bahasa iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan  murid menggunakan  Bahasa Melayu secara berkesan dalam  kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk  pembelajaran  seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran ,minat, dan  kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti Kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting  sebagai sokongan  bagi memantapkan kemahiran  berbahasa murid.
Sukatan pelajaran memberikan  gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa ,Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
   Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
   kemahiran menulis.Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar denga teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas
. 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.  Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Monday, 3 December 2012

Kek Puding Karamel

Kek Puding Karamel Cuti sekolah hujung tahun adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk melapangkan fikiran setelah betungkus-lumus selama setahun menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan .Oleh kerana terlalu sibuk telah lama juga tidak memasak sesuatu yang istimewa untuk insan tersayang....Oleh itu cuti yang panjang ini digunakan sepenuhnya...... Menu pertama ialah Kek Puding karamel .Resepinya diambil daripada blog enalovelykitchen.blogspot Alhamdulillah menjadi pula suami dan anak-anak memang suka..... Inilah hasilnya....

Membina bahan bantu mengajar.

Proses membina bahan bantu mengajar. Terdapat empat ciri utama yang mesti diambil kira membina bahan bantu mengajar 1. Bentuk dan fungsi bahasa Bentuk bahasa ialah fonologi,wacana,tatabahasa dan perbendaharaan kata.Bahan pengajaran haruslah menekankan aspek bahasa kerana maksud dan fungsinya dapat dinyatakan dengan jelas jika digunakan dengan baik. 2.Ketepatan. ketepatan di kaitkan dengan fungsi dan konteks sosial. 3.Kepelbagaian. kepelbagaian dalam p&p mendedahkan murid kepada beberapa variasi bahasa secara meluas. 4.kemahiran bahasa Semua kemahiran bahasa digabung jalinkan iaitu kemahiran mendengar,kemahiran bertutur ,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

EDU 3103 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme Teori pembelajaran behavioris terbahagi kepada dua aliran iaitu pelaziman operan dan pelaziman klasik. Pelaziman klasik terdiri daripada Ivan Pavlov dan Watson. Pendekatan behavioris memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan .Tingkah laku manusia ini di pengaruhi oleh rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran terjadi sekiranya terdapat perubahan pada tingkah laku .Dalam teori ini proses mental diabaikan. Konsep penting dalam teori pelaziman klasik ialah rangsangan dan gerak balas. Pelaziman klasik ialah pembelajaran yang berlaku apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi. Teori pelaziman operan pula di pelopori Thorndike dan Skinner. Teori ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Ia diperkuat atau diperlemahkan melalui peneguhan dan dendaan Pelaziman operan juga menekankan hasil kesan dan akibat yang membawa kepada sama ada tingkah laku baharu atau lama diteruskan atau diulangi. Pelopor pelaziman operan ini menyatakan bahawa kesan dan akibat mempunyai perkaitan rapat dengan ganjaran dan hukuman. Tingkah laku baharu yang ingin dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan. Kelebihan 1. Ia sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka serta suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian kerana ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. 2. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Kelemahan 1. Berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala . 2. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. 3. Proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. 4. Penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

Thursday, 29 November 2012

Power point berkualiti

Menghasilkan slaid power point berkualiti

Hasilkan power point berkualiti

Enam panduan  menghasilkan slaid power point yang bermutu untuk bahan pengajaran di dalam kelas

a) Latar belakang dan huruf- gunakan warna cerah seperti biru muda,putih atau kuning untuk latar belakang,warna yang asas seperti biru ,merah,hijau dan hitam untuk huruf.

b) Huruf- gunakan huruf  century gothic  kerana reka bentuk ini selaras dengan peraturan penulisan huruf murid sekolah rendah.

c ) Warna - pilih warna huruf dan latar belakang yang kontra adalah penting.tujuannya supaya huruf dapat dilihat dengan jelas.

d) Gambar - tidak dibenarkan  menggunakan  gambar kartun dan animasi abstrak.Pastikan gambar latar belakang tidak mengganggu fokus murid semasa sesi pembelajaran.

e) Bunyi - bunyi mampu memberi kesan yang baik kepada murid-murid contohnya bunyi kenderaan atau bunyi haiwan.

f) Hiasan - penggunaan hiasan tambahan adalah dibenarkan tetapi hendaklah terkawal supaya tidak ganggu tumpuan pelajar



Wednesday, 28 November 2012

MAHA 2012

Kunjungilah MAHA 2012...masih sempat mengunjunginya .Ada tinggal 4 hari dari sekarang.Ambillah kesempatan cuti sekolah dan cuti semester ini untuk membawa anak -anak menimba ilmu pengetahuan berkaitan ternakan dan pertanian secara langsung .Melawat sambil belajar.....tapi kena kuant semangat kalau tidak tentulah letih sebab kawasannya sangat luas... nak tunggu bas atau tram boleh tetapi bersesak-sesaklah...

Sunday, 25 November 2012

Selamat bercuti  kepada semua guru-guru....
Minggu ini adalah minggu ketiga  cuti persekolahan....tentunya semua guru-guru terutama guru ppg berasa gembira dan berdebar-debar kerana menanti keputusan peperiksaan....
Pelbagai aktiviti bermanfaat untuk keluarga dapat dilakukan  untuk mengisi masa terluang sepanjang cuti ini.Antaranya memasak makanan kegemaran anak-anak dan suami ....kalau  rajin bolehla cari bahan untuk semester akan datang sebagai persediaan awal sebelum memulakan semester baru al maklumlah bila buka sesi persekolahan maka tanggungjawab kita sebagai guru bermula.....
Semoga cuti ini dilalui dengan penuh kegembiraan dan ketenangan dan mengumpul semangat baru untuk melaksanakan tanggungjawab yang bakal dipikul untuk sesi 2013..