Pages

Showing posts with label BM3101. Show all posts
Showing posts with label BM3101. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Penilaian Formatif



    Penilaian ini melibatkan  penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran  dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan  tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran.Maklumat yang dikumpul boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian formatif ini menggunakan  pemerhatian,latihan dan senarai semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar.Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan merek ketika pembelajaran berlansung atau semasa membuat latihan.
Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan murid,sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya.Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid  yang pintar seharusnya disediakan aktiviti pengayaan yang mencabar.
Semasa melaksanakan penilaian guru mestilah
  1.  Menentukan unit atau tajuk pembelajaran
  2.   Menentukan tahap pencapaian yang dikehendaki
  3.  Menyusun perkara yang hendak diuji.
  4.   Membina item-item ujian
  5. Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan ,pengukuhan dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

Penilaian



Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penilaian adalah perbuatan menilai atau  pentaksiran.Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. penilaian merupakan  satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perlulah dijalankan  berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses penilaian yang berterusan guru dapat meneliti  jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan  satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajara n  Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid  berdasarkan objektif  pengajaran dan pembelajaran

Penyerapan


Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penyerapan ialah  pengambilan atau pemasukan ke daalm  suatu sistem,fikiran dan lain-lain Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua  aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

Tujuan  Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
1.    Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
2.    Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
3.    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
4.    Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
5.    Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
6.    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
7.    Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;
8.    Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan
9.    Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Monday, 10 December 2012

Penggabungjalinan



 Kamus Dewan Edisi ke 4  menyatakan bahawa  penggabungjalinan ialah perihal  menggabung jalinkan.Dalam pengajaran Bahasa Melayu ia bukanlah satu konsep yang baru.Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa melibatkan semua aspek kemahiran bahasa,sama ada mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Dapatlah dikatakan bahawa penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan  yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam  hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
 Huraian sukatan pelajaran menyarankan  agar penggabungjalinan dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan  teratur .Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang  terdapat di dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada matapelajaran lain.Sebelum memulakan perancangan seorang guru harus  menitik beratkan objektif yang hendak di capai,kemahiran yang hendak digabungjalinkan serta jumlah penggabungjalinan dalam satu masa.Cara ini dapat mengelak kebosanan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran  dijalankan.

Penilaian



Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  penilaian adalah perbuatan menilai atau  pentaksiran.Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. penilaian merupakan  satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perlulah dijalankan  berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses penilaian yang berterusan guru dapat meneliti  jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Pengayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pengayaan  merupakan satu perihal/proses  mengayakan. Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada  murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,  daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada  kumpulan cerdas,  sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan konsep  ini amat penting untuk meningkatkan potensi yang ada  dalam  diri murid-murid.Konsep ini mengmbil kira bahawa murid yang pintar cerdas adalah lebih cepat menyiapkan latihan ,kerja atau aktiviti yang diberikan,Pengayaan  perlu diberi penekanan kerana murid berbeza  dari segi kebolehan ,keupayaan ,bakat dan minat.Murid harus diberi  bahan yang berbeza untuk digunakan   dengan bimbingan guru.Kebiasaannya  aktiviti  pengayaan dijalankan ke atas kumpulan yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah mengausai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan seharusnya mempunyai  unsur-unsur  yang meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan  memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat,minat,daya kreativiti, sifat ingin tahu,bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri ,kumpulan dan masyarakat.Aktiviti  pengayaan membolehkan  muris-murid mempelajari  aktiviti yang  lebih mencabar kebolehan mereka sendiri di samping menambaah minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri sendiri dan mempunyai sifat  berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup  serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri

Thursday, 6 December 2012

BM 3101 Pemulihan



 PEMULIHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4  pemulihan bermaksud memulihkan serta memelihara supaya sentiasa berada dalam keadaan baik Dalam konteks  pengajaran Bahasa  Melayu  pemulihan dihubungkan  dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengeja ( 3 M ) .Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti program ini akan dilaksanakan .Murid-murid dalam  kategori  pemulihan perlu di dedahkan dengan aktiviti  ini  mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu  kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan  sama sekali.
Menurut Koh Boh Boon (1982 )  : Pemulihan melibatkan murid-murid yang lambat iaitu mereka yang lembap mencapai pembelajaran  berbanding dengan kanak-kanak yang lain.Pencapaian murid ini biasanya d bawah tahap pencapaian yang sepatutunya.Konsep ini diaplikasikan bagi membantu murid-murid yang masih  belum menguasai kemahiran semua kemahiran asas dalam tempoh yang telah diterapkan.Tumpuan yang lebih diberikan kepada murid –murid yang lemah/mempunyai masalah yang tertentu menerusi aktiviti pemulihan.
Antara alat atau bahan untuk menjalankan aktivit pemulihan ialah kad,carta.benda maujud,alat permainan dan lain-lain bahan yang boleh meransang minat murid untukbelajar.Bahan yang digunakan juga mestilah mengikut peringkat atau aras kesukaran ( dari mudah kepada sukar) .Pelaksanaan aktiviti adalah mengikut kemampuan  murid untuk menguasai  sesuatu kemahiran.Aktiviti pemulihan boleh dilakukan  melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,pengajaran kupulamn kecil atau pengajaran kumpulan besar,pengajaran  bimbingan rakan sebaya dan pengajaran kolaboratif.
Beberapa langkah  harus diambil kira ketika menjalankan langkah- langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan  tercapai, seperti membuat perancangan dan memilih teknik yang sesuai,menentukan masalah yang sama tidak akan berulang jika telah berjaya dipulihkan,mengikuti kemajuan  murid dengan menggunakan  senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti pengukuhan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.Setelah selesai proses pemulihan, satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.Penilaian ini bertujuan memastikan sama ada  objektif pengajaran pemulihan telah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil sekiranya  objektif yang ditentukan  tidak tercapai.


Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a.    Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b.    Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
c.    Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d.    Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e.    Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
f.     Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; dan
g.    Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.