Menghasilkan slaid power point berkualiti
Hasilkan power point berkualiti
Enam panduan menghasilkan slaid power point yang bermutu untuk bahan pengajaran di dalam kelas
a) Latar belakang dan huruf- gunakan warna cerah seperti biru muda,putih atau kuning untuk latar belakang,warna yang asas seperti biru ,merah,hijau dan hitam untuk huruf.
b) Huruf- gunakan huruf century gothic kerana reka bentuk ini selaras dengan peraturan penulisan huruf murid sekolah rendah.
c ) Warna - pilih warna huruf dan latar belakang yang kontra adalah penting.tujuannya supaya huruf dapat dilihat dengan jelas.
d) Gambar - tidak dibenarkan menggunakan gambar kartun dan animasi abstrak.Pastikan gambar latar belakang tidak mengganggu fokus murid semasa sesi pembelajaran.
e) Bunyi - bunyi mampu memberi kesan yang baik kepada murid-murid contohnya bunyi kenderaan atau bunyi haiwan.
f) Hiasan - penggunaan hiasan tambahan adalah dibenarkan tetapi hendaklah terkawal supaya tidak ganggu tumpuan pelajar
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 28 November 2012
MAHA 2012
Kunjungilah MAHA 2012...masih sempat mengunjunginya .Ada tinggal 4 hari dari sekarang.Ambillah kesempatan cuti sekolah dan cuti semester ini untuk membawa anak -anak menimba ilmu pengetahuan berkaitan ternakan dan pertanian secara langsung .Melawat sambil belajar.....tapi kena kuant semangat kalau tidak tentulah letih sebab kawasannya sangat luas... nak tunggu bas atau tram boleh tetapi bersesak-sesaklah...
Sunday, 25 November 2012
Selamat bercuti kepada semua guru-guru....
Minggu ini adalah minggu ketiga cuti persekolahan....tentunya semua guru-guru terutama guru ppg berasa gembira dan berdebar-debar kerana menanti keputusan peperiksaan....
Pelbagai aktiviti bermanfaat untuk keluarga dapat dilakukan untuk mengisi masa terluang sepanjang cuti ini.Antaranya memasak makanan kegemaran anak-anak dan suami ....kalau rajin bolehla cari bahan untuk semester akan datang sebagai persediaan awal sebelum memulakan semester baru al maklumlah bila buka sesi persekolahan maka tanggungjawab kita sebagai guru bermula.....
Semoga cuti ini dilalui dengan penuh kegembiraan dan ketenangan dan mengumpul semangat baru untuk melaksanakan tanggungjawab yang bakal dipikul untuk sesi 2013..

Subscribe to:
Posts (Atom)